Burung Twitter? Twitter merupakan salah satu laman sosial yang popular dengan perkongsian ringkas. Bagi anda yang kerap menggunakannya, mungkin sedia mengenali akan logo rasmi perkhidmatan berkenaan, yang mana merupakan seekor burung.
Nama Burung Twitter? Daripada perkongsian pihak Twitter, nama burung pada logo berkenaan dikenali sebagai “Larry the Bird”.
Burung ini dinamakan bersempena dengan salah seorang pemain bola keranjang terkemuka, iaitu Larry Bird.
Ia diperkatakan yang mana pengasas Twitter belajar berhampiran dengan Boston, dan berkemungkinan ketika tempoh beliau belajar, Larry Bird pernah menerajui pasukan Boston Celtics untuk memenangi kejohanan NBA.