Teknologi

Kenapa Realme Akan Memaparkan Iklan Pada Telefon Pintar Mereka?

·
Realme

Apa Berlaku? Realme melalui sistem operasi pada telefon pintar mereka akan memaparkan iklan.

Iklan ini akan dipaparkan dalam bentuk notifikasi, dan mengiklankan aplikasi dan kandungan melaluinya.

Kenapa Papar Iklan? Menjawab mengenainya, CEO Realme mengatakan ini adalah salah satu kaedah dalam memastikan penawaran peranti pada harga rendah, dan pada masa yang sama membolehkan syarikat Realme menjana keuntungan untuk terus beroperasi.

Realme Color OS

Pilihan Pengguna? Pengguna boleh mematikan paparan iklan ini melalui halaman tetapan. Hanya perlu ke Settings > Additional Settings > Get Recommendations, dan matikan ciri berkenaan. Ciri ini akan disertakan melalui kemaskini Color OS pada tahun ini untuk telefon Realme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *