Kesihatan

Apa Itu Koronavirus Wuhan (2019-nCoV ) Dari China?

·
Koronavirus Virus

Salah satu virus yang tersebar baru-baru ini adalah Novel Coronavirus, atau turut dikenali sebagai 2019-nCoV yang berasal dari China – menjejaskan kesihatan ratusan orang, selain telah membunuh beberapa orang yang dijangkitinya.

Bagaimana Ia Tersebar?

Koronavirus kebiasaannya tersebar dari haiwan ke haiwan. Namun, analisa terbaru mendapati yang mana virus terbaru ini telah mengadaptasi dan dipindahkan ke manusia.

Antara koronavirus yang telah menjangkiti manusia sebelum ini:

  • Middle East Respiratory Syndrome (MERS) pada 2012 yang lepas, membunuh lebih 858 orang.
  • Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) pada 2003 yang lepas, membunuh 774 orang.

Daripada perkongsian minggu ini, saintis mendapati yang mana virus “Wuhan Koronavirus” berasal daripada South China Wholesale Seafood Market, dimana binatang, ular, kelawar dan sebagainya dijual. Daripada dapatan awal, saintis mencadangkan virus berkenaan mungkin berpindah antara spesis dan beradaptasi dari menjangkiti ular, ke manusia.

Lanjutan daripadanya, kini ia turut didapati yang mana virus berkenaan turut telah tersebar antara manusia.

Wabak 2019-nCoV dikatakan ada persamaan dengan wabak SARS yang menyebabkan lebih 700 orang mati di China dan Hong Kong, 17 tahun lalu. Virus SARS dikesan berasal dari Musang Civet.

Simpton Jangkitan Koronavirus

Antara simpton jangkitan koronavirus ini adalah termasuk hidung berair, sakit kepala, batuk, demam dan sesak nafas.

Bagaimana mencegah dari dijangkiti virus ini?
  • Kerap mencuci tangan
  • Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging & kandang
  • Elakkan dari mengambil sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging dan sebagainya
  • Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
  • Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala

Koronavirus KKM

Lain-Lain

Buat masa ini, ia telah dilaporkan sebanyak 830 kes positif 2019-nCoV, dan kematian disebabkan dilaporkan meningkat kepada 25 orang. Di China, tiga bandar telah dikuarantin, iaitu Wuhan, Huanggang dan juga Ezhou.


Selain China, sejumlah negara lain turut telah mula melaporkan kes jangkitan berkenaan, termasuk di Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Taiwan.

Di Malaysia, saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa darat, udara dan laut telah diperketatkan, selain 26 hospital KKM di seluruh negara bersedia menerima kes-kes yang disyaki novel koronavirus ini. Orang ramai juga dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Wuhan.

(Sumber rujukan : KKM, WHO. Gambar : KKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *