Teknologi

Google Memperlihatkan Eksperimen Untuk Mengatasi Ketagihan Telefon Pintar

·
Google Envelope

Kenapa? Ketagihan telefon pintar dikalangan pengguna semakin merisaukan dari hari ke hari.

Apa? Google hadir dengan tiga eksperimen baru – Screen Stopwatch, Activity Bubbles dan Envelope.

Google Digital Wellbeing

Screen Stopwatch – kaunter asas yang memperlihatkan berapa lama anda menggunakan telefon.
Activity Bubbles – Memaparkan bubbles pada skrin utama, dimana lebih banyak bubbles akan dipaparkan apabila anda semakin aktif menggunakan telefon.
Envelope – Rekaan seumpama sampul untuk meletakkan telefon anda, dan hanya membenarkan anda menggunakan beberapa fungsi asas. Sebagai contoh, hanya untuk membuat panggilan telefon sahaja.

Konklusi? Pelbagai syarikat teknologi kini sedang melihat kepada kaedah mengurangkan ketagihan penggunaan peranti, termasuk salah satunya Google yang turut mengintegrasikan fungsi Digital Wellbeing pada Android.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *