Apa Berlaku? WhatsApp untuk Android versi beta kini menawarkan ciri “Dark Mode”.
Kenapa Penting? Pelbagai aplikasi telah mula mengimplementasi sokongan Dark Mode. Memberi lebih keselesaan kepada mata, dan penjimatan tenaga bateri.
Seperti telah menjadi trend sejak tahun lepas, dimana pelbagai aplikasi pada smartphone hari ini menawarkan sokongan Dark Mode. Terbaru, WhatsApp turut sedang menguji ciri Dark Mode melalui aplikasi WhatsApp Beta untuk Android.
Dengan ciri ini, pengguna boleh menikmati fungsi paparan Dark Mode, sekaligus memberikan lebih keselesaan kepada mata ketika menggunakan peranti pada waktu malam atau persekitaran dengan cahaya malap.
Selain itu, penggunaan Dark Mode juga turut memberikan masa penggunaan bateri lebih lama – terutamanya pada telefon pintar dengan skrin AMOLED.
Buat masa ini, ciri ini ditawarkan melalui WhatsApp Beta untuk Android, dan pengguna perlu mengaktifkan pilihan tema Dark Mode secara manual melalui halaman Settings di aplikasi WhatsApp.