Penerangan

Mengenali Revolusi Industri 4.0

·

Revolusi Industri 4.0 sering menjadi topik perbincangan pada akhir-akhir ini, seiring dengan perubahan teknologi dan permintaan pengguna pada masa kini. Ia telah diberi perhatian oleh banyak pihak – termasuk daripada pihak Kerajaan, industri, dan perusahaan yang sering menjadi entiti penting dalam menjana revolusi industri ini. Namun apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Revolusi Industri 4.0?

Terma Industri 4.0 pertama kali disebut oleh Kerajaan German melalui sebuah projek yang berkaitan dengan teknologi berkemampuan tinggi. Projek dibina untuk menjayakan hasrat Kerajaan German dalam menjana industri penghasilan barangan yang dikuasakan oleh komputer. Ia kemudiannya diperkatakan semula pada tahun 2011 dan kemudiannya menjadi topik hangat dalam menjangkakan perubahan industri pada masa hadapan.

Revolusi Industri 4.0 mempunyai empat prinsip rekaan dalam menjayakannya.

Perhubungan – Kebolehan mesin, peranti, sensor, dan manusia untuk berhubung antara satu sama lain melalui peranti berhubung (IoT) dan Internet of People (IoP).

Ketelusan maklumat – Maklumat yang telus sangat diperlukan bagi membolehkan peranti membuat keputusan yang tepat. Malumat yang diterima memerlukan proses yang dan pengendalian data yang besar, jadi kesilapan sesuatu maklumat akan membantutkan usaha pengendalian peranti.

Peranti sebagai pembantu teknikal – Prinsip ini memerlukan peranti berupaya untuk menggambarkan maklumat, membuat keputusan, dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan kadar segera.

Keputusan secara autonomi – Peranti berupaya untuk membuat keputusan sendiri dan melaksanakan tugasan mereka secara autonomi – tanpa gangguan manusia. Hanya dalam hal-hal tertentu, seperti gangguan, isu atau kerosakan, ia akan dikendalikan oleh jurutera teknikal.

Secara kasarnya, Revolusi Industri 4.0 menyatakan bagaimana teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), sistem automasi, dan internet saling mempengarui kehidupan manusia.

Dengan adanya teknologi kecerdasan buatan dan teknologi automasi, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan tenaga kerja dan produktiviti dalam kalangan masyarakat.

Banyak perusahaan besar pada saat ini telah menggunakan robot untuk penghasilan produk dan barangan. Dengan penetapan AI pada robot ini, ia mampu mengurangkan kebergantungan daripada manusia dalam menggalas sesuatu tugasan. Antara syarikat yang giat menggunakan tenaga kerja seperti ini antaranya Amazon, Tesla, Uber, dan DHL.

Namun dengan percepatan dan sistem automasi pada industri, ia sedikit membimbangkan dari segi peluang pekerjaan. Tenaga pengilangan nampaknya mungkin akan digantikan dengan robot dalam melakukan sejumlah tugasan berulang.

Sebenarnya, bidang pekerjaan masih tetap ditawarkan diadakan pada era Revolusi Industri 4.0, bahkan ia akan menggalakkan pekerja untuk menjadi lebih produktif.

Sekiranya anda risau, antara sektor yang dijangka tidak begitu terkesan dengan andanya AI ialah bahagian kesihatan, pendidikan, IT, dan industri kreatif. Golongan profesional, pengurus, dan tenaga buruh juga dikatakan tidak mempunyai permasalahan daripada revolusi industri ini kerana ia masih memerlukan tenaga berasaskan manusia.

Revolusi Industri 4.0 bakal membawa sektor industri menjadi lebih hebat dalam penghasilan sesuatu perkara. Di sektor pengilangan, pengeluar kini boleh menghasilkan sesuatu produk dengan lebih pantas, selain meningkatkan kualiti pada produk tersebut.

Bagi pengguna awam, anda mungkin akan dapat menikmati perkhidmatan seru-pandu dengan kenderaan swapandu, sekaligus mengurangkan kadar kemalangan atau kesesakan. Ia dijangka akan mengubah cara hidup kita menjadi lebih pintar dan efisien – melalui janaan teknologi peranti berhubung dan kecerdasan buatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *