Pemakanan

Penggemar Masakan Pedas? Ini Antara Lada Yang Terpedas Di Dunia

·

Lada, cili, dan masakan pedas cukup sinonim dengan masyarakat kita. Tidak kira daripada pemakanan pada waktu pagi, tengahari hingga ke waktu malam, tidak sah dalam pemakanan di Malaysia tiada sebarang rasa pedas. Nasi lemak, kari ayam, masak lemak cili api antara sajian yang cukup popular dalam memerlukan lada dan rempah untuk menambah citarasa.

Tetapi tahukah anda bahawa lada mempunyai pelbagai jenis dan tahap kepedasan yang berbeza? Sekiranya anda pernah menonton rancangan Hot Ones daripada saluran First We Feast di Youtube, anda mungkin sedia mengetahui senarai lada yang terpedas ini.

Sumber: Foodpanda INDIA

Tahap kepedasan lada sebenarnya boleh disukat melalui SHU atau nama panjangnya Scoville Units. Sistem sukatan ini dikira berdasarkan tahap kepekatan kapsaisin di dalam lada. Nama sistem sukatan ini diilhamkan daripada ahli farmasi di Amerika yang bernama Wilbur Scoville.

Untuk memudahkan melihat senarai lada ini, berikut antara lada yang telah dilaporkan mempunyai rasa yang terpedas di dunia.

Trinidad Scorpion ‘Butch T’ – 1,463,700 SHU

Lada Australia yang dihasilkan oleh Butch Taylor ini pernah menjadi pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai lada terpedas pada tahun 2011. Nama lada ini diambil berdasarkan bahagian hujung lada yang menyerupai penyengat kalajengking. Namun pada Februari 2012, gelaran lada terpedas di dunia tidak lagi dimiliki oleh Trinidad Scorpion ‘Butch T’, sebaliknya telah dianuagerahkan kepada lada Trinidad Moruga Scorpion.

7 Pot Primo – 1,473,480 SHU

Lada ini telah dibangunakan oleh dua individu iaitu Louisianan Primo dan Troy Primeaux berdasarkan gabungan antara lada Trinidad 7 Pot dan Naga Morich. Lada ini dapat memberi rupa dan rasa yang unik, selain mampu memberi rasa yang pedas walaupun ia belum dimasukkan ke dalam mulut. Seorang individu pernah memakannya ketika makan malam, dan melaporkan pengalamannya seumpama menelan bateri berasid.

7 Pot Douglah – 1,853,936 SHU

Lada ketiga yang terpedas ini juga dikenali sebagai Chocoloate 7 Pod. Ia dikenali kerana ia salah satu lada yang mempunyai rasa yang enak jika dibandingkan antara lada terpedas yang lain. Rupanya bermula daripada luaran berbentuk hijau dan kemudiannya berubah menjadi coklat gelap. Namanya diambil berdasarkan fakta bahawa satu pod lada ini mampu menjadi rempah kepada 7 masakan stew.

Trinidad Moruga Scorpion – 2,000,000 SHU

Lada kedua terpedas ini turut mempunyai nama lain iaitu Moruga Blend. Lada inilah yang berjaya mengambil takhta ‘lada terpedas di dunia’ pada tahun 2012, dengan menewaskan lada Scorpion ‘Butch T’. Walau bagaimanapun, lada ini tidak mempunyai pengesahan Rekod Dunia Guinness, sekaligus gelarannya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi.

Carolina Reaper – 2,200,000 SHU

Lada ini telah menerima pengesahan Rekod Dunia Guinness melalui lada yang diolah, menerusi Smokin’ Ed’s Carolina Reaper atau HP22BNH7. Lada ini dibangunkan oleh Ed Currie daripada Syarikat PuckerButt Pepper di Carolina Selatan, yang mana beliau menghasilkannya untuk mendapatkan bahangnya. Lada ini adalah hasil gabungan daripada lada Pakistani Naga dan Red Savina Habanero, yang mana salah satu gabungannya yang dikenali sebagai HP22B (High Power, Pot 22, Plant B) telah mampu mencapai bacaan 2,200,000 SHU.

Sumber: Cayenne Diane

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *