Kesihatan

Kebaikan Berenang Dari Segi Kesihatan

·

Berenang adalah satu cara yang versatil dalam menjadikan tubuh badan anda sentiasa cergas. Ia dapat dinikmati oleh semua golongan, tidak kira anda sedang mengalami masalah kesihatan atau terdapat kekurangan upaya. Apa yang menarik, ia mempunyai beberapa kebaikan untuk menjaga kesihatan tubuh badan anda.

Berenang adalah baik bagi segi penjagaan sendi tubuh badan anda.

Apabila anda sedang pulih dari segi kecederaan atau sendi anda terasa sakit ketika bersenam, aktiviti renang dapat memberi impak yang lebih rendah untuk kekal aktif.

Berenang adalah aktiviti kecergasan yang sesuai untuk wanita mengandung.

Aktiviti renang tidak menyakitkan bayi di dalam kandungan kerana pergerakkan manusia lebih terbatas ketika di dalam air. Namun apa yang menarik, aktiviti renang dapat memudahkan pergerakan wanita mengandung disebabkan oleh berat badan yang lebih meningkat.

Berenang adalah rutin kecergasan yang menyeluruh.

Berenang memerlukan otot yang berbeza, daripada bahagian bawah sehingga ke atas badan. Untuk sesuatu sesi renang dalam masa 30 minit, ia dapat membakar sebanyak 200 kalori. Apa yang menarik, ia juga meningkatkan kekuatan vaskular dalam badan, selain memberi kebaikan untuk sistem kardiovaskular.

Berenang dapat memberi mood anda menjadi lebih ceria.

Berenang dapat membantu pengedaran darah di dalam tubuh badan, sekaligus menguatkan kecekapan jantung. Ia juga didapati dapat mengurangkan tahap gula di dalam darah, jadi ia dapat membantu untuk mengurangkan risiko daripada diserang penyakit seperti diabetis tahap 2. Dengan melakukan aktiviti renang secara kerap, ia dapat memberi edaran darah yang lebih sempurna dalam membantu untuk membina mood yang lebih baik.

Berenang membantu untuk mengurangkan haba di dalam badan.

Sekiranya anda tidak selesa melakukan aktiviti dengan badan berpeluh, berenang adalah alternatif terbaik untuk kecergasan anda. Suhu air dapat memberi badan anda dalam keadaan yang lebih tenang, selain dapat merehatkan otot daripada sebarang kesakitan.

Sumber: Health Line

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *