Sains Angkasa

Dua Planet Yang Berpotensi Untuk Menampung Kehidupan Telah Dijumpai Oleh Ahli Astronomi

·

Dua planet baru yang mengorbit bintang terdekat dikatakan berpotensi untuk menampung benda hidup. Ia mempunyai jisim yang menyerupai Bumi dan mempunyai jangka hayat sekitar berbilion tahun. Dengan usianya yang lama, kehidupan mungkin telah berevolusi untuk hidup, seperti mana yang dilihat pada sejarah kehidupan di bumi.

Planet ini dilihat mengorbit bintangnya pada jarang yang sesuai untuk kehidupan, sekaligus menyebabkan ia mampu menampung aliran air dan memberi suhu yang selesa.

Planet ini dilihat mengorbit bintang Teegarden, ia bintang silam yang terletak pada jarak 12 tahun cahaya daripada bumi. Untuk memudahkan perkiraan, jarak ini 12 tahun cahaya ini adalah bersamaan dengan 113,523,125,760,000 km.

Perkara ini dilapor berdasarkan jurnal ‘Astronomy and Astrophysics‘ yang aktif dalam membuat kajian planet dan sistem surianya. Jurnal ini mengatakan bintang Teegarden adalah bintang yang stabil, tanpa sebarang percikkan solar atau aktiviti-aktiviti yang membahayakan kehidupan.

Menariknya lagi, planet yang mengorbit bintang Teegarden ini mungkin mempunyai permukaan berbatu dan mampu mengalirkan air. Kedua-dua faktor ini mungkin dapat menampung benda hidup, seperti tumbuhan dan spesis kehidupan yang lain.

Walau bagaimanapun, hasil kajian ini adalah berdasarkan jangkaan dan perkiraan, jadi ia tidak disahkan sama ada ia benar-benar mempunyai kehidupan. Namun begitu, hasil pencarian seperit planet di bintang Teegarden ini dapat meningkatkan usaha astronomi, dalam menambahbaik kajian dan membina peralatan yang lebih berkuasa.

Sumber: CNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *