Alam Sekitar

17% Kehidupan Laut Dijangka Akan Lenyap Sekiranya Kesan Rumah Hijau Masih Berterusan

·

Kajian yang dibuat oleh Proceedings of the National Academy of Sciences mengatakan, kehidupan laut dijangka akan terus berkurangan sebanyak 5% apabila suhu laut meningkat setiap 1 darjah celsius.

Menurut laporan daripada Associated Press, sebanyak 17% kehidupan laut akan lenyap pada tahun 2100 sekiranya kesan rumah hijau masih berterusan pada saat itu.

Apa yang merisaukan, kehilangan kehidupan laut ini tidak termasuk tangkapan daripada nelayan, sekaligus menyebabkan ia sememangnya terkesan daripada kesan pencemaran alam.

Menurut Julia Baum, seorang profesor di Universiti Victoria, kehilangan kehidupan laut ini adalah sangat terkesan kepada manusia, kerana ia merupakan sumber kepada pemakanan.

Apabila spesis seperti tumbuhan dan hidupan mini marin lenyap, ia akan mengganggu rantaian makanan, sekaligus menyebabkan kepada kemusnahan hidupan laut utama yang lain.

Beliau berkata, perubahan klimat telah menyebabkan konflik yang serius kepada hidupan laut dan ia akan mengganggu bekalan makanan global.

Dengan populasi yang kian meningkat, generasi akan datang mungkin akan perlu bersaing atau mencari makanan alternatif untuk dijadikan sebagai pemakanan harian.

Sumber: The Hill

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *