Psikologi

Kanak-Kanak Di Bawah Usia 3 Tahun Mungkin Akan Memilih Brokoli Berbanding Kek

·

Apabila anda bertanya “cake atau brokoli” kepada kanak-kanak di bawah usia 3 tahun, 8 daripada 10 jawapan yang diberikan mungkin akan memihak kepada “brokoli”. Namun perkara ini tidak berkaitan dengan amalan pemakanan sihat yang diajar oleh ibu bapa, kerana ia lebih berkait kepada kaedah psikologi kanak-kanak.

Sebuah kajian yang dibuat oleh para penyelidik di Universiti di California telah mengkaji “recency bias” apabila menerima sesebuah soalan. Kajian tersebut meramalkan bayi akan memilih pilihan kedua atau yang terakhir, walaupun perkara tersebut bukanlah perkara yang mereka minati.

Orang dewasa mampu untuk membezakan kedua-dua pilihan dan pastinya ramai akan berpihak kepada “kek”. Perkara ini dinamakan sebagai “primacy bias” iaitu perlakuan yang lebih memihak kepada sesuatu pilihan.

Kanak-kanak di bawah usia di bawah usia tiga tahun tidak mengetahui bahasa dengan baik, jadi mereka akan memihak kepada perkara terakhir yang diucap. Jadi dengan ini, mereka akan cenderung untuk memilih pilihan jawapan terakhir untuk meneruskan interaksi bersama orang dewasa.

Kajian tersebut juga telah bertanya kepada 24 kanak-kanak, dalam lingkungan usia 21 hingga 27 bulan, dengan 20 soalan yang mempunyai 2 pilihan jawapan. Apabila ditanya dengan soalan yang sama berulang kali, mereka dilihat akan tetap memilih kepada jawapan yang sama.

Apabila kajian ini dibuat secara lisan, sebanyak 85.2% responden kanak-kanak telah memilih brokoli. Namun apabila ditunjuk melalui gambar, hanya 51.6% responden akan memilih pilihan terakhir.

Menurut kajian yang dibuat oleh Sumner, perbezaan ini berkait dengan pembangunan memori kerja kanak-kanak, yang mana menyumbang kepada “phonological loop“. Apabila ditunjuk melalui gambar, kanak-kanak boleh melihat pilihan dengan jelas dan memilih pilihan yang sebetulnya.

Apabila mereka tidak diberikan sebarang gambaran secara visual, dan hanya mendengar pilihan berasaskan “atau”, mereka akan kekal dengan pilihan jawapan yang paling terkini. Mereka memahami bagaimana sesebuah perkataan disebut, namun tidak semestinya memahami perkataan yang diungkapkan itu.

Sumber: Medical Xpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *