Pengumuman

Memperkenalkan Imetri – Memperkasa Masyarakat Dengan Kandungan Berinformatif

·

Kami sentiasa mahukan sebuah laman yang ilmiah dan kaya dengan kandungan yang menarik — dalam membentuk masyarakat yang berinformatif.

Memperkenalkan Imetri

Misi kami adalah untuk membawa kandungan yang berinformatif dengan menyediakannya daripada pelbagai jenis maklumat. Ia tidak terhad kepada satu bidang sahaja, tetapi meliputi segala aspek kehidupan – asalkan ia memberi manfaat kepada masyarakat. Melalui pendekatan ini, kami dapat menyajikan pelbagai informasi menarik kepada anda tanpa terikat dengan sesuatu bidang.

Perkara ini dibuktikan melalui penjenamaan “Imetri” (sebutan: e-metri) ini sendiri melalui gabungan perkataan Infinite metri. “Infinite” bermaksud tanpa batasan, manakala “metri” pula membawa maksud ukuran mengikut daripada Bahasa Latin. Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, ia membawakan maksud “ukuran tanpa batasan” – yang mana kami mencerminkannya kepada pemilihan topik yang dapat dipaparkan di sini.

Bahasa Yang Berkualiti Adalah Keutamaan Kami

Imetri berdiri sebagai sebuah jenama yang ingin menyediakan ruang berita, laporan, dan penceritaan yang tuntas dan berkualiti. Kami sangat mengutamakan aspek bahasa yang teratur dan profesional bagi memudahkan masyarakat memahami sesuatu konteks yang disampaikan.

Penulisan yang profesional. Penyampaian kami berlandaskan penulisan yang sistematik dan teratur, seperti mana yang anda lihat pada penerbitan profesional. Walaupun kami beroperasi di atas talian, anda bakal menikmati pengalaman bacaan seumpama di akhbar dan bahan bacaan yang berteraskan ilmiah.

Penggunaan bahasa yang lengkap. Kami sentiasa komited untuk memperkasakan bahasa dengan menggunakan perkataan penuh. Sebarang pemendekan perkataan adalah tidak dibenarkan di dalam artikel kami.

Menyajikan fakta yang menarik. Kami membawakan beberapa artikel menarik untuk mengisi pengetahuan am anda. Bayangkan anda sedang membaca majalah ilmiah, tetapi pada platform di atas talian.

Kami mensasarkan laman ini akan membawa sejumlah kandungan berikut:

Berita – Kami membawakan seleksi berita yang menarik untuk membolehkan anda mengetahui sesuatu perkara yang terkini. Perkara yang dilaporkan mempunyai konteks dan pengisian yang berguna untuk anda mengetahui sesuatu berita tersebut.

Penerangan – Apabila sesuatu sesuatu perkara sedang hangat dibincangkan, kami bakal menyediakan sebuah kandungan penerangan untuk memudahkan memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Pandangan – Pandangan meraikan perbezaan. Kami sedia untuk menyajikan pandangan yang menarik untuk membolehkan anda melihat sesuatu daripada perspektif berbeza.

Kolumnis – Kami turut menyediakan ruang untuk anda mengemukakan pendapat di sini. Anda boleh menghantar penulisan, pendapat, dan pandangan anda untuk disiarkan di Imetri.

Kami juga berhasrat untuk membawa info, berita, dan pandangan ke dalam format yang lebih interaktif, seperti di dalam bentuk video dan podcast. Kedua-dua kemudahan ini bukan sahaja dapat mudah diakses, tetapi dapat menjadikan kandungan yang diutarakan menjadi lebih berkesan dan menarik.

Kami mengalu-alukan sebarang komen, maklum-balas, dan apa jua pandangan anda untuk meningkatkan mutu laman Imetri ini. Anda boleh ajukan kepada kami melalui [email protected] dan mengikuti laman Facebook kami di Imetri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *