Alam Sekitar

Podium & Pingat Sukan Olimpik 2020 Akan Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula

·

Tokyo bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan Olimpik untuk tahun 2020. Walaupun acara tersebut masih lama untuk berlangsung, Jepun telah mengumumkan beberapa langkah penjagaan alam sekitar untuk diaplikasikan pada acara berprestij ini kelak.

Salah satu perkara ialah podium kejohanan sukan ini akan dibina berasaskan bahan kitar semula. Ia akan menggunakan bahan seperti plastik, yang mana ia diterima melalui sumbangan penduduk setempat dan hasil buangan di lautan.

Untuk membina podium ini, ia memerlukan sekurang-kurangnya 45 tan plastik bagi membolehkan tuan rumah membina sebanyak 100 buah podium.

Untuk memudahkan pihak penganjur menerima bahan kitar semula ini, mereka akan meletakkan beberapa buah kotak di 2000 pasaraya untuk membolehkan orang awam mengitar semula plastik.

Selain daripada podium, bahan kitar semula juga akan dijadikan sebagai bahan untuk dijadikan sebagai medal. Ia akan dibina berasaskan sisa buangan eletronik untuk penghasilan medal berbentuk emas, perak, dan gangsa.

Penganjur sukan Olimpik 2020 berharap ia dapat dijadikan sebagai mesej kesedaran bagi penjagaan alam sekitar. Perkara ini pastinya dapat menggalakkan orang awam supaya untuk mengitar semula barangan untuk dipakai pada penggunaan yang berbeza.

Sumber: Phys.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *