Kesihatan

2 Cecair ‘Vape’ Berperisa Ini Didapati Lebih Berbahaya Berbanding Nikotin

·

Ramai yang menganggap rokok eletronik atau ‘vape’ sebagai alternatif bagi untuk mengurangkan kebergantungan kepada rokok. Namun menurut kajian terkini, beberapa cecair perisa atau ‘flavour’ alat ini telah didapati mempunyai kandungan yang lebih berbahaya berbanding nikotin.

Menurut kajian yang dibuat oleh beberapa penyelidik di Universiti Arizona, ‘cinnamon‘ dan ‘menthol‘ ialah dua cecair perisa yang didapati mempunyai kandungan toksik yang tinggi. Cecair berperisa dapat merosakkan sel endothelial – iaitu lapisan sel nipis yang membentuk permukaan dalaman saluran darah dan memainkan peranan penting dalam kesihatan jantung dan kardiovaskular.

Untuk mengkajinya, para penyelidik telah meletakkan sampel sel endothelial di dalam radas makmal berbentuk piring kecil. Pada akhir eksperimen, sel endothelial yang terdedah dengan cecair berperisa akan meningkatkan tahap molekul yang menyebabkan kerosakan DNA dan sel mati.

Cecair perisa ‘cinnamon’ dan ‘menthol’ ini mempunyai toksik yang tinggi kerana bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kedua-dua perisa cecair ini. Cecair berperisa ini mempunyai ketumpatan nikotin yang pekat, sekaligus membuatkannya menyamai, malah lebih berbahaya berbanding rokok biasa.

Dengan populariti rokok elektronik atau vape ini yang kian meningkat, ia menyebabkan pengguna lebih mudah untuk memilih cecair berperisa yang berbahaya – seperti perisa cinnamon dan menthol ini. Untuk mengurangkannya, anda mungkin boleh meminta penjelasan daripada pengeluar cecair berperisa tersebut atau mencari cecair alternatif yang lain.

Sumber: Futurity

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *