Sains

Bintang Dan Kaitannya Dengan Masa Lalu

·

Apabila anda berada di kawasan luar bandar, anda pastinya akan lebih mudah untuk melihat bintang-bintang di langit. Perkara ini kerana kawasan seperti ini selalunya tidak diganggu oleh pencemaran cahaya daripada bangunan di ibu kota. Jadi langit akan lebih cerah, sekaligus membolehkan anda melihat cahaya dengan lebih jelas.

Bintang-bintang di langit ini sentiasa menghiasi malam dengan kerlipan cahaya yang menarik. Sejumlah bintang ini sebenarnya mempunyai fungsi seumpama Matahari yang juga diliputi dengan permukaan yang panas dan pembakaran yang aktif.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya anda sedang melihat sesuatu di masa yang lalu? Apa yang dimaksudkan di sini adalah cahaya yang anda lihat sebenarnya telah dikeluarkan pada sesuatu tempoh masa yang lepas dan bukaannya pada secara masa-nyata.

Untuk mencabar fikiran anda, anda boleh membayangi konteks ini. Sekiranya makhluk lain melihat bumi dari jarak 201.3 juta tahun cahaya daripada bumi, dan mereka melihat bumi daripada teleskop pada saat ini, mereka mungkin akan melihat kehidupan jurasik berbanding manusia.

Kedengaran agak pelik? Tetapi inilah yang berlaku apabila kita melihat cahaya bintang pada saat ini.

Untuk memudahkan anda memahaminya, anda perlu tahu dahulu konsep mengenai cahaya. Cahaya merupakan entiti terpantas yang dijumpai di alam ini yang mana ia mempunyai kelajuan 299,792 km/saat.

Jarak bumi dan bulan adalah bersamaan 384,000 km. Jadi cahaya daripada bumi akan mengambil masa sekitar 1.3 saat untuk sampai ke bulan.

Disebabkan cahaya mengambil masa sekitar 1.3 saat untuk jarak ini, bermakna cahaya daripada bumi itu sebenarnya adalah daripada 1.3 saat yang lalu. Jadi, apa yang lihat di bulan sekarang adalah daripada 1.3 saat yang lalu dan bukan pada saat ini.

Untuk konteks bintang, pastinya ia akan memanjangkan lagi perjalanan cahaya, sekaligus memberi hasil perkiraan yang lebih menarik.

Salah satu contoh adalah dengan mengambil bintang Proxima Centauri yang terletak pada jarak 4.243 juta cahaya daripada bumi. Bermakna, cahaya bergerak ke bumi adalah bersamaan 4.24 tahun, sekaligus membuatkan perkara yang dilihat pada Proxima Centauri daripada bumi adalah daripada tempoh 4.24 tahun yang lalu.

Untuk menarik lagi perhatian anda, jarak galaksi Andromeda dengan bumi adalah bersamaan 2.537 juta tahun cahaya. Sekiranya anda dapat melihat galaksi ini daripada bumi pada saat ini, anda sebenarnya sedang melihat galaksi Andromeda daripada 2.5 juta tahun yang lalu.

Sebagai rumusan, apa yang anda lihat di langit sebenarnya adalah sesuatu daripada tempoh masa yang lalu. Cahaya memainkan peranan yang sangat penting dalam memudahkan anda memahami perkiraan jarak untuk perkara di luar angkasa. Semakin jauh sesuatu objek di angkasa, semakin berlalu apa yang dilihat daripada bumi.

Sumber: [1], [2], [3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *