Alam Sekitar

Bahayanya Perubahan Iklim Kepada Kita

·

Perubahan iklim merupakan fenomena yang sering diperkatakan oleh banyak pihak. Ia terjadi apabila bumi mengalami perubahan bentuk suhu yang drastik, terutama apabila berbandingkan dengan beberapa dekad lalu. Sistem iklim ini merangkumi lima bahagian utama, iaitu atmosfera (udara), hidrosfera (air), kritosfera (ais), biosfera (benda hidup), dan litosfera (kerak bumi dan teras luar). Keseimbangan daripada aspek-aspek ini akan menentukan sejauh mana Bumi dapat menghasilkan tenaga yang positif kepada kita.

Walau bagaimanapun, bumi pada saat ini dilihat semakin panas, yang bermula daripada bahagian kutub utara sehinggalah ke kutub selatan. Pada saat ini, suhu purata global telah meningkat kepada lebih 0.9 darjah celsius, sekaligus meningkatkan bacaan suhu tahunan pada masa hadapan.

Apa yang membimbangkan, kesan kenaikan suhu tidak menunggu masa hadapan, yang mana kesannya sudah pun boleh dirasai pada sekarang. Panas daripada perubahan iklim ini telah mencairkan glasier dan ais laut, mengubah pola hujan, dan mengubah bentuk geografi pada sesuatu lokasi.

Ramai yang beranggapan bahawa pemanasan global dan perubahan iklim ini adalah sinonim, tetapi pihak saintis telah melihatkannya sebagai satu terma yang sangat berbeza. Perubahan iklim lebih menunjukkan perubahan yang berlaku di bumi – termasuk dari segi cuaca dan sistem iklim. Perubahan iklim ini bukan sahaja akan menaikkan suhu, tetapi turut akan menyumbang kepada berlakunya cuaca yang ekstrim.

Apabila cuaca yang ekstrim ini berlaku, ia akan mengubah populasi haiwan dan habitat, sekaligus menggalakkan kepada proses pempupusan yang lebih drastik. Haiwan seperti rama-rama dan serigala akan berpindah ke kawasan yang lebih jauh – terutama di kawasan yang lebih sejuk. Tidak terkejut pada akan datang, sejumlah populasi haiwan yang banyak pada saat ini akan mulai berkurangan daripada perubahan cuaca yang melampau.

Selain daripada kesan kepada haiwan, ia juga akan menaikkan paras air laut – menyebabkan sejumlah kawasan daratan akan mula ditenggelami air. Pulau yang ada pada saat ini mungkin tidak dapat disaksikan pada akan datang kerana tidak mampu untuk menahan daripada kesan ini. Paras air meningkat sebanyak 3.2mm pada setiap tahun, dan dijangka akan terus meningkat pada akan datang.

Untuk beberapa abad akan datang, bumi akan terkesan dengan cuaca yang lebih buruk. Taufan yang melanda bumi dijangka akan lebih kuat – menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan harga benda yang amat dahsyat. Perubahan iklim ini juga akan menyebabkan banjir besar akan lebih kerap berlaku, hasil daripada peningkatan paras laut yang semakin meningkat.

Apa yang lebih membimbangkan lagi, sumber air segar dijangka akan terus berkurangan pada abad akan datang. Perkara ini berlaku kerana glasier telah cair akibat suhu yang meningkat. Glasier merupakan salah satu sumber air segar tersebesar, yang mana menyimpan sebanyak 3/4 daripada bekalan air segar dunia.

Beberapa kawasan di bumi juga dijangka akan melanda dengan kemarau yang berpanjangan. Kesan ini akan menyebabkan sejumlah hidupan seperti tumbuhan tidak dapat bertahan lama, sekaligus menyukarkan proses tanaman. Perkara ini sedikit sebanyak akan melumpuhkan sumber pemakanan manusia – terutama makanan ruji berasaskan padi dan gandum.

Kesemua ini berlaku kerana manusia sentiasa mencemarkan atmosfera bumi dengan gas yang membahayakan rumah hijau. Perkara ini termasuk daripada penggunaan bahan api, aerosol, dan pembuangan karbon dioksida daripada industri perkilangan. Manusia antara pihak yang banyak dipersalahkan dalam kesan ini kerana mereka aktif dalam pembebesan gas merbahaya ini.

Pembebasan gas merbahaya ini termasuklah juga dari segi penggunaan bahan yang sukar untuk dilupuskan seperti plastik. Bahan plastik yang tidak dikitar semula mungkin akan dilupuskan daripada proses pembakaran, sekaligus menyumbang kepada peningkatan gas CO2 yang tinggi. Disebabkan itu, proses untuk tidak menggunakan plastik telah mula dipandang serius, kerana ramai yang mula menyedari akan kesannya.

Perubahan iklim ini perlu dipandang serius oleh ramai pihak dan bukan sahaja oleh pihak kerajaan atau pihak berkuasa sahaja. Orang awam juga perlu memainkan peranan dalam hal ini kerana kita juga mungkin adalah penyumbang aktif kepada perubahan iklim ini. Sekiranya kita tidak bertindak sekarang, generasi akan datang pastinya tidak dapat hidup selesa kerana terkesan dengan perubahan cuaca dan suhu yang tidak menentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *